Iklan Nuffnang

Followers

September 19, 2011

Wujud Adegan Hina Rasullah SAW Dalam Hantu Bonceng


FILEM Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang mencecah kutipan jutaan ringgit baru-baru dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan Nabi Muhammad SAW.
Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.
Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).
Wujud Adengan Hina Rasullah Dalam Hantu Bonceng 
Bukan bertujuan untuk mempertahankan Zizan, namun Mynewshub.my pernah berjumpa pelakon ini, beliau adalah seorang yang berbudi bahasa dan memiliki pekerti yang baik.
Mengapa dialog ini terkeluar dari mulutnya bukan untuk kami menilainya. Ada pihak lain terutama Ahmad Idham yang perlu menjawab mengapa jadi begini.
Bagi pihak Zizan, mungkin kegagalan beliau untuk memahami apa yang diucapkan itu menjadi punca mengapa dialog seperti itu boleh wujud dalam filem berkenaan.

Namun, apa yang penulis skrip fikirkan masa menulis ayat itu?

Apa yang harus dikeluh-kesahkan ialah mengapa badan-badan berkenaan seperti Lembaga Penafisan Filem Malaysia (Finas) tidak menilai dengan terperinci filem ini sebelum membenarkannya disiarkan.
Membaca komen-komen di Youtube, ramai yang berkata mereka hanya gelak apabila melihat adegan berkenaan tanpa menyedari kesilapan yang wujud.
Pokok pangkalnya, rasanya apa yang berlaku ini mudah sahaja, kejahilan dalam hal agama dan kelalaian pihak yang berkenaan menyebabkan wujudnya babak yang demikian.
Mungkin filem itu perlu ditarik balik dari pasaran atau penyuntingan kali kedua dilakukan segera.
Ini soal akidah yang tidak boleh dipandang rendah.
Setakat ini, Dewan Pemuda PAS sudah mengeluarkan kekesalan mereka atas apa yang terjadi.
Tahniah kepada mereka dan Ketuanya, Nasrudin Hassan.
Cuma jangan benda ini dijadikan isu politik dengan persoalan seperti apa yang Pemuda UMNO pula buat?
Takkan kita nak harap Azeez Rahim bagi komen benda-benda camni kan, atau Reezal Merican Naina Merican. Ini semua muka publisiti murahan.
Apa yang perlu, insiden ini hendaklah disiasat, pihak yang bersalah perlu bertanggungjawab, permohonan maaf kepada semua umat Islam harus dilakukan dan kesalahan ini dijadikan pengajaran agar tidak berulang.
Untuk berlaku adil kami letakan klip yang mana berlaku kesilapan dalam dan kejahilan agama dalam filem itu.
Nilai sendiri dan kita suarakan dengan berhemah kekecewaan kita.

2 comments:

Cik tikah said...

erm.. maybe zizan tak perasan. org yang buat dialog cite ini yg perlu disoalkan. wallahualam..

Amy Poyo said...

kan2...tah la....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...