Iklan Nuffnang

Followers

September 19, 2011

Kumpulan SEPAH Sah BerPECAH..


Kami warga u tube i teramat-amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh kumpulan lawak yang sangat lawak ni iaitu Sepah yang ingin berpecah. Kata Jepp di  di Berita Harian, punca mereka ingin berpecah sebab tiada lagi persefahaman dalam kumpulan dan ada masalah peribadi masing-masing. Ciku amat minat kumpulan sepah :(


Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-
Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.
Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-
Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Ciku – Dah la pelawak² negara kita ni tak ramai.. yang ada pun ramai yang buat perangai… ini pulak kumpulan yang cukup gah & besar ingin berpecah…tiada lagi kot seri dalam dunia lawak malaysia ni. kenapa ramai artis semakin naik & popular mudah terjadi benda macam ni? tell me why please!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...