Iklan Nuffnang

Followers

September 26, 2011

Rentung Selepas Dua Kali Redah Api


RUMAH Hasan hangus dijilat api menyebabkan keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang di Senggarang, Batu Pahat semalam.
BATU PAHAT – “Buka pintu ini Boboi, cepat tolong ayah, panas!”
Itu jeritan terakhir seorang ayah, Hasan Dg Patangga (gambar), 68, kepada anak bongsunya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Ahmad Borhan, 15, sebelum warga emas itu ditemui rentung dalam rumahnya di Kampung Parit Jabar Laut, Senggarang di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang bekerja mengambil upah di kebun kelapa sawit, maut apabila rumahnya yang diperbuat daripada papan hangus dijilat api.
Turut bersama mangsa ketika kejadian ialah isterinya, Rohana Md. Amin, 53, yang mengalami penyakit angin ahmar dan anak bongsunya itu. Kedua-dua mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.
Dua lagi anaknya, Norashima, 20, kini belajar di Kolej Teknikal Yayasan Melaka, manakala Nor Ummi, 17, belajar di Sekolah Menengah Vokasional Inderapura, Kulaijaya, Johor.
Menurut Rohana, dia pada mulanya terdengar satu letupan kuat yang disangkanya bunyi mercun tetapi setelah nampak api dan asap marak di dalam rumah, dia mula panik dan cepat-cepat mengejutkan suami dan anak yang tidur di bilik lain.
“Sebelum kejadian, arwah kelihatan gelisah berbanding biasa dan katanya dia hendak tidur di bilik lain kerana cuaca panas. Dia masuk tidur awal sedangkan saya masih menonton televisyen sehingga tengah malam,” katanya.
Demi anak anak.......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...