
Suasana riuh dan ‘perang harga’ itu berlaku antara tiga pembida yang cuba mendapatkan kenderaan tersebut pada majlis lelongan kenderaan yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dekat sini semalam.
Toyota Hilux yang tidak boleh didaftarkan itu adalah antara 25 kenderaan pelbagai jenis termasuk 10 motosikal dan dua lori kecil yang disita kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kenderaan boleh didaftarkan manakala 13 kenderaan lagi tidak boleh dilesenkan.
Menurutnya, bagi kenderaan yang tidak boleh dilesenkan, hanya pembida yang mempunyai lesen barangan lusuh boleh membelinya.
“Kenderaan terbabit dilelong selepas pemiliknya gagal menuntut kenderaan masing-masing dalam tempoh selepas empat bulan dan JPJ memperoleh RM32,900 daripada lelongan ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Abdul Ghani berkata, harga kenderaan yang paling rendah dilelong ialah sebuah motosikal berharga hanya RM50.
2 comments:
aik..btul ke motosikal tuh 50inggit jeee...fuhyooo
http://khayalan27.blogspot.com/
ntah le...hehe
Post a Comment