Iklan Nuffnang

Followers

September 26, 2011

Gambar Lawak - Nasi Kangkang


Nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu. Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke naraka jahanam. Oleh itu jauhi ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.


 

Kalau gambar kat atas ni, nasi apa lak ?

Nasi Goreng Cangkung ?

haha

Berkahwin Dengan Robot Star Wars...


Dunia semakin pelik..Bonnie Burton merasakan tiada lelaki yang dapat menandingi R2D2.Oleh itu dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan robot tersebut.Ni macam mana die setelkan malam pertama dia ni???

Rokok Pelik-Rokok Yang Tak Boleh Dihisap


Ini berlaku di Rusia. Lelaki ni beli rokok kat kedai macam biasa. Buka je kotak…………………..
Lagi gambar…

Toilet Di Shanghai !!



ape pendapat anda?hahaha..

Warga Emas Mati Kerana Terlebih Makan

Warga Emas Mati Kerana Terlebih Makan
sekadar gambar hiasan..



KIEV – Ungkapan “makan sampai mati” mendapat takrif baru dalam pertandingan makan ladu di Ukraine, awal minggu ini.
Media tempatan melaporkan, Ivan Mendel, 77, diumum juara selepas berjaya menghabiskan 10 ladu- dikenali sebagai vareniki di Ukraine – dalam tempoh 30 saat.

Murid Tahun 4 Ketua Penyamun

Murid Tahun 4 Ketua PenyamunBETONG – Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.
Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.

Bahagian Lelaki Yang Perempuan Suka Tengok...

Kita biasa tengok gambar gambar selebriti selebriti lelaki antarabangsa terkantoi melihat bahagian bahagian tertentu pada badan wanita tetapi tidak pernah kita tengok gambar wanita terkantoi kan? Video di bawah adalah salah satu eksperimen yang dibuat oleh sekumpulan manusia berlokasi di kota New York untuk mengetahui apa yang wanita lihat pada badan lelaki apabila kali pertama bertemu..jom tengok video ni..



Periuk Selamatkan Nenek Daripada Banjir


Gambar Hiasan|Goggle.

PANGRIO: Terdesak menyelamatkan neneknya, Rasti Bibi daripada banjir yang melanda selatan Pakistan, Ali Ahmed dan tiga lagi saudaranya meletakkan wanita itu dalam periuk besar dan menariknya ke tempat selamat dengan mengharungi air separas leher.
Mereka juga terpaksa berenang beberapa jam tanpa henti kerana air terlalu dalam bagi menyelamatkan warga tua yang berusia lebih 100 tahun itu..

Rentung Selepas Dua Kali Redah Api


RUMAH Hasan hangus dijilat api menyebabkan keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang di Senggarang, Batu Pahat semalam.
BATU PAHAT – “Buka pintu ini Boboi, cepat tolong ayah, panas!”
Itu jeritan terakhir seorang ayah, Hasan Dg Patangga (gambar), 68, kepada anak bongsunya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Ahmad Borhan, 15, sebelum warga emas itu ditemui rentung dalam rumahnya di Kampung Parit Jabar Laut, Senggarang di sini awal pagi semalam.

Pemiilik Kenderaan Cermin Gelap Akan Dikenakan Kompaun


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap dan tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka.
Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata tindakan kompaun akan dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang gagal mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.

Budak 13 Tahun Ditahan Gara-Gara Mahu Meniru Aksi Seks


HULU SELANGOR: Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.
Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

September 24, 2011

Gadis Bertudung Persenda Zikir


Norman & Memey Sah Bergelar Suami Isteri


KUALA LUMPUR – Ibarat merpati dua sejoli, artis Mohammad Norhakim Zakaria atau Norman Hakim dan Memey Suhaiza Suhaimi selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah di kediaman keluarga pengantin perempuan dekat Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor sekitar jam 5 petang hari ini.
Norman yang merupakan bekas suami kepada Abby Abadi dan ayah kepada Mohamed Danish Hakim 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3 menamatkan zaman dudanya apabila dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000 dengan sekali lafaz sahaja.

Bakar Diri Sendiri Guna Petrol


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas yang tertekan dengan masalah kesihatan disyaki bertindak membakar dirinya sendiri menggunakan petrol dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang di sini kelmarin.

Panas! Mamat Khalid Kecewa Dengan Orang Melayu: Isu Filem Nasi Lemak 2.0 Namewee


Siapa yang tak kenal dengan pengarah Mamat Khalid yang sangat hebat dalam mengarahkan beberapa filem. Antara filemnya yang paling melekat di hati peminat filem tempatan adalah Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

September 23, 2011

Transfomers Gurl...Layan..

kowang boleh buat tak?hahaha..

Model ‘Heidi Klum’ Sebar Virus Di Internet




LONDON: Nama model Heidi Klum menduduki tempat pertama paling berbahaya di dunia maya apabila ia digunakan bagi mengaburi orang ramai dalam menyebarkan virus menerusi Internet.
Pengarah keselamatan web anti virus MCAfee, Paula Greve berkata selain Heidi Klum beberapa nama selebriti terkenal dunia lain merupakan antara nama berisiko diserang virus.

6 Sebab Wanita Islam Dilarang Dan Diharamkan Pakai LEGGING Di Hadapan Lelaki-Lelaki Bukan Suami




Ramai di antara anda wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di khalayak ramai dan menjadi tontonan lelaki-lelaki bukan suami.




Ramai wanita Islam menyangka “BOLEH ! APA SALAHNYA PAKAI LEGGING “, asalkan pakai baju labuh. Hakikatnya, wanita Islam tetap tidak boleh memakai seluar yang berkain nipis dan ketat (LEGGING). Seluar jeans ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah lagiLEGGING yang sudah jelas-jelas mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka.
Sebab-sebab HARAM pakai legging adalah:

60 Peratus Remaja Malaysia Hilang Dara Menjelang Umur 18 Tahun!


KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Remaja Perempuan Gantung Diri Sebagai Hadiah Hari Jadi bekas Teman lelakinya


http://www.depoknews.com/wp-content/uploads/2011/05/Gantung-diri-ilustrasi.jpg
SUNGAI SIPUT: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bertindak menggantung diri sebagai hadiah hari jadi buat bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Tun Sambanthan, di sini, pagi semalam.
Lima minit sebelum mengambil keputusan menggantung diri, mangsa dikenali L Valarmathi yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Abdul Wahab itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas teman lelakinya itu.

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! KISAH BENAR!! AWAS


 Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai..

Disihir Guna Gambar di Facebook


Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir. Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

Tikus Goreng Berempah(Sedapnyee)bweekk..





No Plate Besar Gila..

no plate ke sign board?cuba teka..hahaha

Cacing Gergasi


 


 

Berebut Kereta Lelong JPJ


KOTA BHARU – Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang harga lelongannya bermula dengan RM5,000 menjadi rebutan tiga pembida sehingga akhirnya dijual pada harga RM15,900.

TM lost RM3.4m in cable theft in Kelantan


KOTA BAHARU, Sept 22 — TM lost RM3.4 million in Kelantan from cable theft in 2011, said KelantanTelekom Malaysia Bhd general manager Ab Rashid Che Othman.

Ibu Dan Anak Selamat Dihempap Lori


NGERI...keadaan kereta Peugeot 107 yang remuk selepas dihempap lori membawa ayam di laluan A64, dekat York, semalam.

September 22, 2011

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tentang Zizan Hina Rasulullah


Sedikit penjelasan dan komen Ustaz Azhar Idrus mengenai isu Zizan yang didakwa menghina Islam. Tahniah kepada Zizan kerana berani merujuk ulamak untuk memperbaiki kesilapan diri.

 

Ibu Temui Kondom Dalam Beg Sekolah Anak Gadisnya


HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Satelit Usang Di Ramal Akan Jatuh Ke Bumi Esok


Sebuah satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebesar bas pesiaran yang berusia 20 tahun diramal jatuh ke bumi pada Jumaat ini.

Senarai Pembaharuan Pada Laman Facebook


Sepertimana yang diketahui ramai, laman Facebook kini sedang mendapat penambahbaikan dari pihak mereka. Bagi yang tidak tahu, berikut merupakan senarai pembaharuan yang dilakukan oleh Facebook pada laman mereka:

Achmed the dead terrorist - with subtitled

Clip ni kelakar,TAPI........korang tengok lah sendiri..(AMARAN)kepada (UMAT ISLAM)yang menonton clip ni,jangan tengok banyak kali sebab boleh menjadi DOSA pada yang menonton clip2 cam ni..Bak kate ustaz2 laa...(INGAT.....)selamat menonton..

Komputer Masa Depan(Gambar)


Iklan Ramli pemain Baru Manchester United


dah tengok tak Iklan terbaru TM. Ramli pemain baru dari Malaysia untuk pasukan Manchester United… Aduhh…terpegun beb tengok.. InsyaAllah la satu hari ade pemain Malaysia camtu..

                                                         credit:sempoi-gile

September 21, 2011

Selipar Tapak Haiwan


Menarikkan selipar yang bertapak haiwan ini, apabila anda jejak kaki ke atas tanah, ia akan meninggalkan kesan tapak kaki bercorak haiwan, contoh gambar di atas adalah tapak kaki kucing. Jom kita lihat lagi gambar di bawah :)

TERKINI!! KEPUTUSAN MALAYSIA VS Jepun 21 September 2011 | Malaysia vs jepun 21 September 2011




Hari ini Malaysia akan berentap menentang pasukan No. 1 Asia iaitu pasukan Jepun dalam perlawanan pertama Kumpulan C, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu hari ini. Hari ini sekali lagi seluruh rakyat Malaysia, baik peminat setia dan juga yang tidak minat bolasepak..pasti akan tertumpu kepada perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 . Perlawanan akan berlangsung 7.30 malam ini, menyaksikan pasukan Malaysia di bawah 23 tahun yang dibimbing oleh Ong Kim Swee berentap menentang jepun…. Buktikan pemain Malaysia boleh melakukan yang yang terbaik bagi mengubati kekecewaan skuad Harimau Malaya kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia….
Malaysia vs jepun Kelayakan Olimpik 2012

Gejala Kumpulan Emo di Facebook


Gejala Kumpulan Emo di Facebook
KUALA LUMPUR – Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini. Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.
Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.
Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.
Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).
Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.
Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.
Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.
Pengarah Urusan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal (gambar) yang mendedahkan trend terbaharu remaja perempuan itu berkata, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.
“Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Robot Seksi [18SX]


Pernah korang tengok robot wanita? Pergghh ! Seksi-seksi semuanya ! Hahahahahhaa ! Korang akan faham selepas tengok semua gambar ini dan baca sehingga habis apa yang aku tulis untuk entri kali ini. Jom kita tengok !




September 20, 2011

Pelajar Perempuan Maut Akibat Seks Ganas



ROME: Seorang lelaki berusia 42 tahun didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan ketika mengadakan hubungan seks.

OK Go - Here It Goes Again..Sempoi Habis..


Rital, Ritag Dipisah




LONDON: Dua bayi perempuan kembar siam yang bercantum di kepala telah selamat dipisahkan oleh kumpulan doktor di Britain.
Rital dan Ritag Gaboura, yang berusia 11 bulan adalah pasangan kembar siam, satu antara 10 juta di dunia.

20 Selebriti Terhodoh



Sesungguhnya manusia itu merupakan sebaik-baik ciptaan Allah. Oleh itu kita semua haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada kita. Berkenaan dengan gambar-gambar di bawah ini, ada yang membuat pembedahan muka seterusnya terus menjadi lebih teruk. Pelikkan? Tapi tak kata lah, diorang ini bukan orang Islam. Tapi ada juga yang memang muka diorang macam tu kn? So jom kita tengok gambar 20 orang selebriti terhodoh ! Hehehe..

Michael Jackson

Marilyn Manson

Gambar Hebat Gilaa.....

Assalamualaikum..


Terlalu banyak gambar yang boleh dikatakan terlalu "awesome" ! kalau nak dikongsikan. Aku hanya ambil beberapa gambar sahaja untuk menyedapkan tatapan mata korang dengan keindahan dunia fotografi. Jom kita layan !



HINA RASULULLAH: Zizan Mohon Maaf, Ahmad Idham Melenting


KUALA LUMPUR – Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.
Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.
Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.
Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam.

Polis Siasat Kes Simbah Minyak

Kes Simbah Minyak Di Pagar Rumah Mat Sabu DisiasatSHAH ALAM – Polis sedang menyiasat kes simbah minyak berdekatan pagar masuk rumah Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu di Seksyen 19 di sini, awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata siasatan awal mendapati satu botol minyak tanah telah dipecahkan di hadapan pagar masuk rumah itu sebelum api dinyalakan dengan mancis.
“Kita telah temui mancis dan botol minyak tanah dan sedang mengesan individu yang terbabit,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan.
Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan, katanya.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.40 pagi tadi dan berjaya dipadamkan oleh jiran, menurut anak kedua Mat Sabu, Nurul Huda, 28, yang berada di rumah itu semasa kejadian.
Beliau berkata, semasa kejadian bapanya sedang menghadiri program di Pulau Pinang, sementara ibunya di Perlis menjaga datuk dan neneknya yang tidak sihat. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...