Iklan Nuffnang

Followers

September 26, 2011

Warga Emas Mati Kerana Terlebih Makan

Warga Emas Mati Kerana Terlebih Makan
sekadar gambar hiasan..



KIEV – Ungkapan “makan sampai mati” mendapat takrif baru dalam pertandingan makan ladu di Ukraine, awal minggu ini.
Media tempatan melaporkan, Ivan Mendel, 77, diumum juara selepas berjaya menghabiskan 10 ladu- dikenali sebagai vareniki di Ukraine – dalam tempoh 30 saat.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas diisytihar sebagai juara, Mendel dilaporkan sakit sebelum dikejarkan ke hospital.
Dia disahkan mati tidak lama kemudian.
Vareniki dihasilkan dengan tepung dengan intinya boleh diperbuat daripada pelbagai bahan, termasuk ceri, cendawan, kentang dan daging.
Pada 2008, seorang penuntut kolej berusia 23 tahun mati ketika menyertai pertandingan memakan pau di Taiwan.
Pertandingan itu adalah acara tahunan dan 60 pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menghabiskan sebanyak mungkin pau.
Mangsa kemudian dilaporkan muntah tidak berhenti-henti sebelum tidak sedarkan diri.
Seorang lelaki Wales juga menemui ajal selepas menyertai pertandingan memakan kek pada 2008

1 comment:

khairul said...

bila aku baca kisah teringat kat arwah kwn sekerja aku...dia meninggal pon selepas mkn nasi kenduri masjid dgn byk sekali..ajal dh sampai kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...